Tutorial ^_^





TUTORIAL 2
Bincangkan konsep pengurusan bilik darjah dengan suasana bilik darjah sebenar yang diperhatikan oleh guru pelatih semasa menjalani PBS/ berasaskan pengalaman sendiri.
     Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengurusan bilik darjah yang diperhatikan semasa PBS yang lalu.
-         Mengemukakan cadangan untuk memperbaiki pengurusan bilik darjah.

Kekuatan
Kelemahan
Cadangan
Infrastruktur yang lengkap
Jumlah pelajar padat di dalam kelas
Mengehadkan jumlah pelajar di dalam sebuah kelas sekurang-kurangnya 20 orang pelajar. Tujuannya adalah untuk membantu memudahkan guru mengawal serta memantau setiap pelajarnya dan juga memberi keselesaan kepada pelajar untuk melakukan sebarang aktiviti.
Hubungan yang erat antara guru dengan pelajar
Pelajar kurang menghormati dan mendengar arahan guru
Guru yang bersifat terbuka kepada pelajar sememangnya disukai oleh setiap pelajarnya akan tetapi guru tersebut perlu juga bersifat tegas dan menetapkan peraturan dan mengawal disiplin pelajar agar kelas dapat dikawal dengan baik dan hasil pembelajaran tercapai.

Bilik darjah dihias dengan cantik dan ceria oleh guru kelas
Pelajar tidak pandai mengurus bilik darjah mengikut kreativiti mereka sendiri
Guru perlu menetapkan rutin bilik darjah di mana pelajar diberi peluang mengurus dan membersihkan bilik darjah seperti menyusun kedudukan meja dan menghias bilik darjah.
Murid diberi peluang membentuk kumpulan sendiri untuk sesuatu aktiviti
Perhubungan dan corak interaksi yang tidak seimbang  di mana murid hanya bergaul dan membentuk kumpulan mengikut status sosial yang setaraf. Akibatnya tidak wujud sifat kekitaan antara ahli di dalam kelas.
Guru menentukan kumpulan antara pelajar di mana pelajar yang pendiam dan kurang aktif disatukan dengan pelajar yang lebih aktif. Tujuannya bagi membantu pelajar yang pasif lebih bersifat terbuka dan berani ke hadapan dan bagi mengelakkan mereka berasa disisihkan.

TUTORIAL 3




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.